KATA ALUAN




KATA KATA ALUAN DARI PENGERUSI  JKKK

           ASSALAMUALAIKUM  W.B.T 
           

          Bersyukur kita kepada Allah SWT. diatas kurnia dan rahmatnya yang tidak terhingga.  Tidak disedari oleh kita semua, umur kampung kita ini sudah menjangkau 56  tahun, disamping segala peritiwa yang berlaku dikampung  kesangan kita ini menjadi kenangan manis bagi kita semua.    
   
        Asal  Kampung yang tanah nya berpaya dipenuhi dengan pokok terberau dan  sebahagiannya pula berbukit dipenuhi dengan hutan beluker yang tinggi.   Seiring dengan usia,  kampung ini telah  membangun dangan  kemudahan asas serta pembengunan  perumahan yang tersusun walau pun begitu, masih lagi ada kekurangan yang perlu diusahakan lagi. 
   
        Dalam meniti perjalanan, kampung ini telah menyaksikan perjuangan mempertahankan dan membela hak hak penduduk daripada tergadai.    
                                                                         
       Walaupun pelbagai masaalah yang dihadapi, namun dapat diatasi dengan semangat dan usaha yang tidak pernah jemu oleh pemimpin-pemimpin, mahupun penduduk penduduk kampung ini.  kita harus sedar pejuangan ini tidak terhenti disini sahaja, tetap hendaklah diwasrisi dan diteruskan  oleh generasi akan datang. oleh itu didiklan mereka supaya menghargai perjuangan dan kesusahan pemimpin terdahulu daripada mereka. 


     Namun demikian kita harus menyedari hakikat ini dengan  mengekalkan perpaduan yang ada dan semangat gotong royong, bantu membantu antara satu sama lain yang mana dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim  sesama kita,   kita juga  hendaklah menjuahkan persengketaan  fitnah memfitnah sesama sendiri dan juga menangkis segala dakyah yang tidak sihat dilakukan oleh golongan yang mementingkan  diri sendiri.   

Sekian,  Semoga kampung ini akan sentiasa terpelihara dan mendapat  rahmat dari Allah SWT.




     Sekian terima kasih. Wasalam dari saya.



       Haji Shaarani bin Yeop Mat Yet.

       Ketua Kampong, 
      Kampong Bukit Lanchong .          








  

       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan